Friday, February 27, 2015

Nostalgia IV

Kad Keluar Kawasan Sekolah (1990)

Kredit imej: Tuan Azrul Faizi (ASAS 8690)

Zaman kami bersekolah tahun 1986 - 1990 dahulu, KLCC belum ada, Sogo belum ada, Mid Valley Megamall belum ada, One Utama belum ada, Pavillion belum ada.

Zaman kami bersekolah dahulu, LRT belum ada, Monorel belum ada. Pengangkutan awam utama ketika itu, bas Tong Fong 123 atau BMW (Bas Mini Wilayah) 36. Untuk keselesaan, ramai yang memlih bas Tong Fong 123, tapi kalau yang mahukan sendat bergesel-geselan, memilih BMW yang juga dikenali sebagai Raja Jalanan.

Tidak banyak tempat yang boleh kami tuju bila keluar ke bandar.

Antaranya, mungkin Jalan Silang, Kompleks Dayabumi, Pertama Complex, Campbell, Yaohan (sekarang, dikenali sebagai The Mall), Semua House, Jalan Masjid India, Jalan Chow Kit.

Kadang-kadang kami keluar hanya untuk makan di McDonald's, Jalan Silang. Atau makan di A&W, Bangunan Cahaya Suria. Atau main rollerskate di tingkat atas Semua House. Atau pergi ke kedai kaset Pudu, untuk buat dubbed cassette. Atau berbuka puasa di Medan Selera Benteng.

Pertama Complex jadi kawasan hitam, sebab ramai antara kami diperasugut di sana. Pertama Complex tempat kutu berkumpul. Kami pula mudah dikenali sebab berbaju kelabu dan berseluar hitam atau berbaju batik biru dan berseluar hitam / putih, dan ini menyebabkan kami sering menjadi mangsa peras ugut.

Bagi pendaftaran OBW2015, sila isi borang di bawah:-

4 comments:

  1. hahaha...imbau kembali kenangan lama...pernah x kena pau kat tepi tangga puduraya?...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepi tangga Puduraya tu pun kawasan hitam juga kan. Agak-agaknya, penyangak yang suka pau kita dulu tu, mesti dah bekeluarga sekarang ni kan?

      Delete
    2. Kalau tak silap memori aku, arif julius pernah kena pau dkt area2 jalan silang.. kena tanya dia utk pengesahan.. hehe

      Delete
  2. perghhhhh .....nostalgia sungguh kd outing ni ...bas no 123, kota raya,dayabumi, Campbell,pertama . sulaiman court (dulu kita pernah dpt no 3 pertandingan kompang kat situ ) ...fuhhh

    ReplyDelete