Monday, February 23, 2015

Nostalgia II

Zaman kami dulu, tiada smartphone. Kalau mahu menghubungi keluarga di kampung, kami gunakan telefon awam.

Kadang-kadang bila terdesak, kami hubungi operator dan buat 'reverse charge'. 'Reverse charge' ini bermaksud, bayaran bil akan dikenakan ke atas penerima panggilan, dan bukannya ke atas pembuat panggilan.

Kalau mahu bertemu janji pun, sudah beritahu awal-awal di mana mahu berjumpa, jam berapa mahu berjumpa.

Kalau orang yang mahu ditemui, tidak muncul di tempat dan masa bertemu janji, mulalah rasa resah gelisah.

Paling tidak pun, kami pergi mencari telefon awam dan menghubungi rumah orang yang berkenaan.

Bagi pendaftaran OBW2015, sila isi borang di bawah:-

No comments:

Post a Comment