Pada asalnya ketika berpusat di Sekolah Alam Shah, Jalan Tenteram, Bandar Tun Razak, Cheras, rumah kediaman adalah,
Rumah A - Aminuddin Baki (Hijau)
Rumah B - Halimi (Biru)
Rumah C - Dato Onn (Merah)
Rumah D - Jamil Rais (Jingga)
Rumah E - Hishamuddin (Kuning)
Rumah F - Zaaba (Coklat)
Berikut adalah tokoh-tokoh di sebalik nama-nama rumah kediaman tersebut
Aminuddin Baki (Hijau)
Rumah Aminuddin Baki mengambil nama sempena Allahyarham Aminuddin Baki (26 Januari 1926 - 25 Disember 1965) ialah "Bapa Pendidikan Malaysia" serta bekas Ketua Penasihat Pendidikan Malaysia (kini dikenali sebagai Ketua Pengarah Pendidikan) yang paling muda ketika berusia 36 tahun. Beliau berjasa dalam mempertingkatkan mutu pelajaran di negara ini, termasuk menyusun Dasar Pelajaran Kebangsaan melalui Laporan Pendidikan Razak pada tahun 1956, dan Laporan Abdul Rahman Talib pada tahun 1960. Banyak sekolah dan institusi di Malaysia telah dinamakan sempena namanya.
Halimi (Biru)
Rumah Halimi mengambil nama sempena Pengetua SAS yang pertama, iaitu Allahyarham Haji Halimi Haji Sharbaini yang berkhidmat di SAS pada tahun 1963-1966.
Dato Onn (Merah)
Rumah Dato Onn mengambil nama sempena Allahyarham Dato' Sir Onn Jaafar (12 Februari 1895 - 19 Januari 1962) yang merupakan pengasas dan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Beliau pernah dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947 tetapi beliau telah meletakkan jawatan tiga tahun kemudian iaitu pada 18 Mei 1950 untuk menumpukan perhatiannya kepada UMNO.
Jamil Rais (Jingga)
Rumah Jamil Rais mengambil nama sempena Allahyarham Tan Sri Dato' Abdul Jamil Abdul Rais (lahir 14 Januari 1912 di Kuala Kangsar - 1994) merupakan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia (1961-1964). Sebelum itu beliau dilantik menjadi Menteri Besar Selangor. Seterusnya menjadi duta ke United Kingdom dan kemudian ke Ireland. Beliau pernah menjadi Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar.
Hishamuddin (Kuning)
Rumah Hishamuddin mengambil nama sempena Allahyarham Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Sir Alaiddin Sulaiman Shah KCMG (13 May 1898 - 1 September 1960) yang merupakan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia, yang kedua (dari 14 April sehingga 1 September 1960), dan Sultan of Selangor yang kelima (dari 1938–1942) dan ketujuh (dari 1945-1960)
Zaaba (Coklat)
Rumah Zaaba mengambil nama sempena Allahyarham Zainal Abidin Ahmad (16 September 1895 - 23 Oktober 1973), juga dikenali sebagai Zaaba merupakan seorang sasterawan dan pemikir Melayu keturunan Minangkabau yang giat menulis sekitar tahun 1940-an. Berdasarkan pencapaiannya dalam bidang kesusasteraan, beliau merupakan salah seorang budak kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarah Malaysia. Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama hampir 40 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan. Aktiviti beliau juga tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro Penterjemahan, Maktab Perguruan Sultan Idris.
Namun begitu pada tahun 1988, kedudukan rumah kediaman bertukar dengan perpindahan kediaman Halimi Hj. Sharbaini ke blok A, dengan susunan abjad rumah diubah seperti di bawah dan terus dikekalkan sehingga berpindah ke tapak baru di Putrajaya.
Kediaman A - Dato' Onn (Merah)
Kediaman B - Halimi (Biru)
Kediaman C - Jamil Rais (Jingga)
Kediaman D - Hishamuddin (Kuning)
Kediaman E - Aminuddin Baki (Hijau)
Kediaman F - Zaaba (Ungu)
Kediaman Zaaba bertukar warna rasmi rumah daripada warna coklat kepada warna ungu.
Sumber: Wikipedia
Bagi pendaftaran OBW2015, sila isi borang di bawah:-
No comments:
Post a Comment