Al-kisah, pada 1986, semasa kami di Tingkatan 1, ahli-ahli pengakap dibawa berkhemah di Kem Tembusu oleh beberapa ahli pengakap senior.
Kem Tembusu ini terletak di dalam kawasan sekolah. Ia terletak tepi padang, berhampiran tangki air, di tepi padang tenis.
Jadi pada satu pagi yang dingin itu, kesemua ahli pengakap junior duduk berkumpul di depan seorang pengakap senior, khusyuk mendengarnya bercerita hal-hal pengakap. Dalam masa dia rancak bercerita itu, timbul satu jenaka yang membuat kesemua ahli-ahli pengakap junior dan pengakap senior itu ketawa besar.
Sedang mereka semua bergelak-gelak ketawa tiba-tiba ada 'cendol' terhembus keluar dari hidung pengakap senior. Semua orang terdiam memandang pengakap senior itu, dan kemudian memandang sesama sendiri.
Tapi tak seorang pun berani hendak menyambung ketawa. Mungkin menyedari semua mata tertumpu padanya, pengakap senior tu 'srott srott' 'cendol' tu masuk balik.
Sehingga ke saat ini, bila kisah ini diceritakan kembali, selera hendak makan cendol tiba-tiba hilang.
Bagi pendaftaran OBW2015, sila isi borang di bawah:-
Penganjuran program OBW2015 adalah bertujuan bagi mengeratkan silaturrahim di kalangan alumni SAS @ SSAS di samping berkongsi pengalaman dan mengimbau kembali kenangan bersama sewaktu zaman persekolahan di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur mahupun di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya. Antara aktiviti-aktiviti yang akan diadakan termasuklah aktiviti riadah seperti pertandingan sukan antara, majlis ilmu, makan malam dan sebagainya.
Satu kisah yang sangat mengembalikan kenangan lama ...Kem Tembusu sangat sinonim bagi kita terutama masa nak pi solat jumaat...
ReplyDeleteTerima kasih datang berkunjung, harap dapat berjumpa dan bermesra di OBW2015 nanti.
Delete