Sepanjang lima tahun persekolahan kami di Alam Shah, Cheras, Kuala Lumpur, mural di dinding Dewan Makan inilah yang kami hadap setiap kali sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum malam.
Di Dewan Makan inilah, kami sama-sama makan nasi kawah.
Menu yang masih terasa di kerongkong, Khamis, makan malam nasi minyak dan air bandung; Jumaat, sarapan mi goreng. Menu lain yang juga bermain di bibir, ialah ikan jaket, Yeah!
Sebelum makan baca Bismillah dan doa makan beramai-ramai.
Semasa kami di Tingkatan 1 (1986) sehingga ke Tingkatan 4 (1989), makanan kami siap terhidang di meja tiap kali waktu makan.
Apabila di Tingkatan 5 (1990), sudah mula pakai tray, dan kami semua kena beratur untuk mengambil makanan. Tray generasi pertama itu logam. Boleh bocor kepala kalau terkena bucunya. Bila selesai makan, ramai-ramai kena beratur dan buang sisa makanan ke dalam baldi besar dan tray disusun bertingkat-tingkat.
Bagi pendaftaran OBW2015, sila isi borang di bawah:-
No comments:
Post a Comment