Monday, March 9, 2015

Nostalgia VIII


Lencana besi kebanggaan kita semua! Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur. 

Chita, Usaha, Jaya. 

Dulu, sebelum zaman ada COC ni semua, lencana inilah juga yang kami buat bermain sesama kita. Siapa yang lencananya terbalik, dikira kalah. Atau siapa yang berjaya menindih lencana kawannya, diisytihar juara. 

Ini adalah antara permainan dalam bilik darjah yang utama, selain daripada permainan bola sepak kertas. 

Tali leher kebanggaan kita semua.

Wajib dipakai pada hari Isnin. Jenuhlah juga mahu belajar cara mengikat tali leher. Zaman kami belajar dahulu, manalah ada Youtube yang boleh kami rujuk cara mengikat tali leher.

Mungkinlah, ada seorang dua di antara kami yang pandai mengikat tali leher. Tapi rata-rata kami yang datang dari kampung, dan punya ayah atau abang yang kerjanya tak memerlukan mereka memakai tali leher, kami pandai mengikat tali leher atas ehsan tunjuk ajar abang-abang senior.

Zaman kami, tak sempat pun kalau mahu mengikat ikut gaya 'Eldredge'. Bangun pagi, mandi, solat subuh dan bersiap untuk bersarapan sebelum menuju ke perhimpunan pagi Isnin.

Gaya pilihan utama, 'Simple' atau 'Four-in-Hand'. Paling hebat pun, mungkin 'Windsor'. Lepas ikat, memang tak dirungkaikan semula. Simpan elok-elok hingga ke Isnin berikutnya, atau selama mana ia boleh bertahan.



Bagi pendaftaran OBW2015, sila isi borang di bawah:-

No comments:

Post a Comment