Monday, March 30, 2015

Hari Ini Dalam Sejarah III

Pada tanggal 30 Mac 207, Sekolah Sultan Alam Shah telah diisytiharkan sebagai Sebuah Sekolah Kluster Cemerlang di negara ini oleh YB Dato' Sri Hishamudin bin Tun Hussin, Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu.

Sekolah Kluster Kecemerlangan ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Kewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah yang berada di luar kluster kecemerlangan.

Idea penganugerahan status Sekolah Kluster Kecemerlangan terkandung dalam Bab 9, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Kewujudan Sekolah Kluster Kecemerlangan berdasarkan pendekatan kedua PIPP, iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan.

Sorotan kajian menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara untuk tujuan peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan yang dilaksanakan di luar negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan.

Sehingga Julai 2014, sebanyak 291 buah sekolah telah diisytiharkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan sejak 30 Mac 2007.

Sumber: 
http://www.sas.edu.my/portal/index.php/kenalisas/sahabat-organisasi/alumni-sas/24-kenalisas/pengenalan-sas

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Kluster_Kecemerlangan

http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=umno2005&y=2007&dt=0331&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm


No comments:

Post a Comment