Sunday, April 26, 2015

Hari Ini Dalam Sejarah IV

Pada tanggal 26 April 2003, 652 pelajar Sekolah Alam Shah telah berhijrah ke kampus baru di Wilayah Persekutuan Putrajaya setelah 40 tahun mencipta kecemerlangan di tapak Kuala Lumpur.

Kerja-kerja pembinaan Sekolah Alam Shah Putrajaya dijalankan di atas tanah seluas 24 hektar telah bermula dari tahun 2001. Ia menelan belanja RM 54 juta dan merupakan antara sekolah SBP yang termahal pernah dibina.

Perpindahan Sekolah Alam Shah merupakan hasil persetujuan bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Bin Mohamad daripada cadangan bekas pelajar SAS Tan Sri Shamsuddin bin Hitam, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia. Perdana Menteri menyatakan hasrat beliau untuk mengadakan sekolah terunggul di Putrajaya.

Lokasi Sekolah Alam Shah yang baharu di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan membuktikan taraf elit tertinggi antara sekolah-sekolah di Malaysia.

Sumber: http://www.sas.edu.my/portal/index.php/kenalisas/sahabat-organisasi/alumni-sas/24-kenalisas/pengenalan-sas

Friday, April 17, 2015

OBW2015 (Homecoming Games)

 Rugby Homecoming SAS

 Winner Rugby Homecoming ASAS

 Volleyball Homecoming SAS

 Winner Volleyball Homecoming ASAS

 Football Homecoming SAS

 Winner Football Homecoming ASAS

 Basketball Homecoming ASAS


Winner Basketball Homecoming SAS

Monday, April 13, 2015

Mentari Merah di Ufuk Timur


Mentari Merah Di Ufuk Timur 

Ada yang tertinggal
Setelah terbenam mentari
Ada yang tertinggal
Setelah kering air di kali

Alam telah menyakinkan
Kau mesti pergi
Kau mesti
Alam telah menyakinkan
Kau mesti kembali
Bagai yang telah dijanjikan Ilahi
Ada yang tertinggal
Setelah musnah semua mimpi

Kekal selamanya
Cintaku dengan cahaya mu
Kekal selamanya
Tetap dalam ingatanku

Lemas dalam rindu
Tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi
Tapi masih ada...
Yang kau tinggalkan dalam kalbuku
Yang tinggal...( 3x... 6x... )

**** **** **** ****

Congratulations to SB8690 for successfully managing and executing SAS OBW 2015. This video is an evidence of the true brotherhood spirit in working together to ensure that the event is a success. Special appearance by Kid Search. - Amin Hassan

Friday, April 3, 2015

Kid (SEARCH) PROMO #OBW2015


Majlis Makan Malam untuk #OBW2015 pada 11 April ini akan mempersembahkan penampilan khas

Gitaris Lagenda - Kid (SEARCH) disamping bakat dari bekas-bekas pelajar.

Yang masih belum daftar, JOM DAFTAR! (klik Borang Pendaftaran)



Monday, March 30, 2015

Hari Ini Dalam Sejarah III

Pada tanggal 30 Mac 207, Sekolah Sultan Alam Shah telah diisytiharkan sebagai Sebuah Sekolah Kluster Cemerlang di negara ini oleh YB Dato' Sri Hishamudin bin Tun Hussin, Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu.

Sekolah Kluster Kecemerlangan ialah satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Kewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah yang berada di luar kluster kecemerlangan.

Idea penganugerahan status Sekolah Kluster Kecemerlangan terkandung dalam Bab 9, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006. Kewujudan Sekolah Kluster Kecemerlangan berdasarkan pendekatan kedua PIPP, iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan.

Sorotan kajian menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara untuk tujuan peningkatan kualiti pendidikan. Pengelompokan yang dilaksanakan di luar negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan.

Sehingga Julai 2014, sebanyak 291 buah sekolah telah diisytiharkan sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan sejak 30 Mac 2007.

Sumber: 
http://www.sas.edu.my/portal/index.php/kenalisas/sahabat-organisasi/alumni-sas/24-kenalisas/pengenalan-sas

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Kluster_Kecemerlangan

http://ww2.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=umno2005&y=2007&dt=0331&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm


Wednesday, March 25, 2015

Promo untuk 1st Inter-House Bowling Event sempena #OBW2015




Agak-agaknya rumah mana yang akan jadi Juara ni?

Markah sesi latihan. Sokongan padu diperlukan nampak gayanya ni.

Gegarkan Sunway Mega Lanes dengan sorakan rumah masing-masing.

Hari Ini Dalam Sejarah II

Pada tanggal 25 Mac 2006, nama Sekolah Alam Shah telah ditukarkan kepada Sekolah Sultan Alam Shah atas perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Sultan Dan Yang Dipertuan Negeri Selangor, bersempena dengan nama nenda baginda.

Thursday, March 19, 2015

Buku Acara Pembukaan Rasmi

 Muka hadapan buku acara 'Pembukaan Rasmi Sekolah Alam Shah'

 Printed by The Standard Engravers & Art Printers, Kuala Lumpur

Gambar Bangunan Sekolah

 Acara

 Lembaga Pengelola

 Guru-guru 1963/64

Pelan Lantai Sekolah

Kredit imej: Haji Othman bin Ismail, Tingkatan 4A, SAS 1963/64

Wednesday, March 18, 2015

Kenangan OBW yang lepas


Bagi yang belum kenal apa itu 'Old Boys Weekend' (OBW), kami persembahkan apa yang penganjur buat bagi OBW yang lepas.

Ayuh, kita raikan persahabatan ini!

Jangan lupa, temujanji kita.
Tarikh : - 10 (Jumaat) & 11 (Sabtu) April 2015
Tempat :- Sekolah Sultan Alam Shah, PUTRAJAYA
Tinggal kurang daripada 30 hari sahaja lagi. Bagi pendaftaran OBW2015, sila isi borang di bawah:-

Tuesday, March 17, 2015

Pemergian Seorang Sahabat


Malam semalam, kami dikejutkan dengan pemergian seorang sahabat kami Prof. Madya Dr Mohd Syazwan bin Abdullah, Pengarah ITU-UUM CoE for Rural ICT Development.

Allahyarham telah kembali ke rahmatullah sekitar jam 7.30 malam semalam. Jenazah akan dikebumikan sekitar jam 11 pagi hari ini di Kampung Bukit, Mukim Hosba, Jitra.

Bersama kita berdoa semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan tergolong bersama mereka yang beriman dan beramal soleh.
Ya Allah, ampunkanlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkannya dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dengan air, salji dan air sejuk. Bersihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkannya ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.

Monday, March 16, 2015

Pengenalan kepada Sekolah Sultan Alam Shah


Nota: Klip Youtube ehsan Tuan Aiman Syakir Abdul Haris

Sekolah Alam Shah bukan hanya gah semasa tahun-tahun awal penubuhannya sahaja, ataupun ketika ia berada di Cheras, Kuala Lumpur sahaja.

Bila sudah berpindah ke Putrajaya sejak 26 April 2003 pun, Sekolah Alam Shah masih gah.

Pertukaran nama dari Sekolah Alam Shah kepada Sekolah Sultan Alam Shah pada tanggal 25 Mac 2006 adalah atas perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Sultan Dan Yang Dipertuan Negeri Selangor, bersempena dengan nama nenda baginda. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor juga telah berkenan menjadikan Sekolah Sultan Alam Shah di bawah naungan Sultan Selangor melalui surat bertarikh 7 Ogos 2006.

Sekolah Sultan Alam Shah telah diisytiharkan sebagai Sebuah Sekolah Kluster Cemerlang di negara ini pada tarikh 30 Mac 2007 oleh YB Dato' Sri Hishamudin bin Tun Hussin, Menteri Pelajaran Malaysia.

Pada 25 Jan 2011, Sekolah Sultan Alam Shah terpilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.

Di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya inilah akan kami langsungkan OBW2015.

Kepada abang-abang yang bersekolah di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur dan belum pernah jejakkan kaki ke Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya, kami jemput untuk sama-sama memeriahkan OBW2015 ini.

Lokasi sudah berubah, dan mungkin tiada nostalgia di tempat baru tapi jiwa kita dan jiwa mereka masih lagi sama.

Jiwa Alam Shah hingga ke akhirnya!

Bagi pendaftaran OBW2015, sila isi borang di bawah:-

Friday, March 13, 2015

Malam Bakat Freshie dan Lagu-lagu Top 1986


Teringat masa baru masuk sekolah 1986. Ada Malam Bakat Freshie. Dalam sebulan jugak lepas minggu Orientasi agaknya.

Freshie kena buat persembahan. Ada yang menyanyi solo, ada yang melakonkan watak ceti, watak awek pun ada?! hahaha.. siapa la agaknya tu? ada gambar boleh post sini.

Yang berkumpulan, ada yang masuk kumpulan boria, kumpulan menari pun ada.

Aku cuma ingat tajuk lagu ni Zunika - A Romzi (dinyanyikan oleh Faizal Abdullah pada malam tu)

Ada member pulak boleh dapat nama gelaran Olu dari senior 'Abg K' sebab dia nak nyanyi lagu Jay-Jay.. (tajuknya pun tak ingat).

Lupa daa tajuk lagu-lagu yang lain.

Jom kita dengar lagu Zunika oleh artis asal ni. Masa malam bakat Freshie menang nombor 1 kot?



Oh ya.. tau tak lagu top yang menang Anugerah Juara Lagu 1986 - Sekadar di Pinggiran oleh Fransesca Peters.

Agak-agak la ye, can you imagine some of lagu-lagu bawah ni jadi siulan atau nyanyian bilik mandi  diasrama lelaki??!! hahaha...

Mac: "Usah Bertanya Lagi" - (Ahmad Nawab/Habsah Hassan/Siti Fairuz)

April: "Wajah Siapa di Hatimu" - (Omar Taib/Lukhman S/Azlina Aziz)

Mei: "Sampaikan Salam Cintaku" - (A. Ali/Juwie/Kumpulan Alleycats)


Jun: "Derita Seorang Insan" - (Othman Ahmad/Adam Ahmad/Kumpulan Alleycats)

Julai: "Perjalananku" - (Adnan Abu Hassan/Seri Bayu/Azman Abu Hassan - menggantikan Jamal Abdillah)

Ogos: "Suatu Waktu Dahulu" - (Fauzi Marzuki/Habsah Hassan/Dwen)

September: "Cinta yang Terbiar" - (S.Sahlan/Juwie/Rohana Jalil - menggantikan Jamal Abdillah)

Oktober: "Aku Kehilanganmu" - (Manan Ngah/Habsah Hassan/Francissca Peter)
November: "Sekadar di Pinggiran" - (Manan Ngah/Lukhman S/Francissca Peter)



Well, ni lagu-lagu top tahun 1986. Mungkin yang ada di Sekolah Alam Shah masa tu ada kenangan tertentu nyanyi sendiri-sendiri atau ramai-ramai sepanjang perjalanan dari bilik ke bilik air? tambah pulak yang bilik air jauh kat hujung.

Ada yang nak tuju lagu ke?

Aspirasi Nusa Bangsa


Untuk memperingati penubuhan Sekolah Alam Shah (kini Sekolah Sultan Alam Shah) pada tahun 1963, temu bual ini dirakamkan sebagai rujukan generasi akan datang mengenai aspirasi penubuhan SAS sebagai Sekolah Berasrama Penuh aliran Melayu yang pertama di dunia.

Nota: Youtube ehsan Tuan Kamarul Bahri Abdul Kadir.

Bagi pendaftaran OBW2015, sila isi borang di bawah:-

Thursday, March 12, 2015

Jejak Bertapak

Persembahan video sempena dengan sambutan ulangtahun ke-50 penubuhan Sekolah Alam Shah pada 7 Februari 2013 atau nama terkininya Sekolah Sultan Alam Shah. Video ini ditaja oleh Dato' Zabir Bajuri, mantan Presiden Persatuan Alumni Sekolah Alam Shah dengan kerjasama bekas pelajar Alam Shah batch 1963-65.

Video ini ditujukan khas kepada semua bekas pelajar, guru dan kakitangan Sekolah Alam Shah Kuala Lumpur dan Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya.

Nota: Youtube ehsan Tuan Nik Aman Nik Yusoff yang mewakili batch 1976-80' dan 1981-82' (Tingkatan 6 Atas).

Bagi pendaftaran OBW2015, sila isi borang di bawah:-

Wednesday, March 11, 2015

Gambar Lama VI



Kredit imej: Tuan Azrul Faizi (ASAS 8690)

Gambar pertama. Setelah 25 tahun, lihat sendirilah perbezaanya.

Gambar kedua. Hampir mencecah 30 tahun. Yang dulu jambu, sekarang dah kurang. Yang dulu lebat rambutnya, sekarang sudah terang benderang menyilau. Yang dulu kurus kering, sekarang sudah berketul-ketul lemak.

Tapi yang penting, biar waktu pantas berubah, kita masih lagi bersahabat. Dan di Sekolah Alam Shah, kita lebih kenal erti persahabatan. Atau yang sebenarnya, Sekolah Alam Shah yang membuat persahabatan itu lebih bererti. 

Ayuh, kita raikan persahabatan ini!

Jangan lupa, temujanji kita.
Tarikh : - 10 (Jumaat) & 11 (Sabtu) April 2015
Tempat :- Sekolah Sultan Alam Shah, PUTRAJAYA
Tinggal kurang daripada 30 hari sahaja lagi. Bagi pendaftaran OBW2015, sila isi borang di bawah:-

Tuesday, March 10, 2015

Lagu Sekolah

Ditulis dan digubah oleh guru Indonesia, Oscar H. Batoebara.

ALAM SHAH JAYA 
Sekolah Alam Shah
Megah Berjasa
Membimbing Satria
Harapan Bangsa

Cita Usaha Jaya
Amalan Kita
Jadi Cogan Kata
Setiap Masa

Pelajar Alam Shah
Taat Berbakti
Untuk Nusa Dan Bangsa
Ibu Pertiwi

Tuhan Merestukan
Cita-Cita Mulia
Bertekad Dan Berdoa
Alam Shah Jaya

Kredit youtube: anas9600
Nota:
Lagu Sekolah Alam Shah - Alam Shah Jaya. Dirakam semasa Majlis Makan Malam Jubli Emas SAS di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 23 Februari 2013.

Walaupun sudah 25 tahun meninggalkan sekolah, kami akui kami rasa bersemangat (dan pada masa yang sama, hiba dan terharu) tiap kali lagu ini dimainkan.

...bertekad dan berdoa Alaaaaam Shah Jayaaaa!!

Jom kita kembali ke sekolah untuk sama-sama menyanyikan lagu ini semula.

Pendaftaran OBW 2015 masih dibuka kepada semua warga ASAS

Monday, March 9, 2015

Nostalgia VIII


Lencana besi kebanggaan kita semua! Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur. 

Chita, Usaha, Jaya. 

Dulu, sebelum zaman ada COC ni semua, lencana inilah juga yang kami buat bermain sesama kita. Siapa yang lencananya terbalik, dikira kalah. Atau siapa yang berjaya menindih lencana kawannya, diisytihar juara. 

Ini adalah antara permainan dalam bilik darjah yang utama, selain daripada permainan bola sepak kertas. 

Tali leher kebanggaan kita semua.

Wajib dipakai pada hari Isnin. Jenuhlah juga mahu belajar cara mengikat tali leher. Zaman kami belajar dahulu, manalah ada Youtube yang boleh kami rujuk cara mengikat tali leher.

Mungkinlah, ada seorang dua di antara kami yang pandai mengikat tali leher. Tapi rata-rata kami yang datang dari kampung, dan punya ayah atau abang yang kerjanya tak memerlukan mereka memakai tali leher, kami pandai mengikat tali leher atas ehsan tunjuk ajar abang-abang senior.

Zaman kami, tak sempat pun kalau mahu mengikat ikut gaya 'Eldredge'. Bangun pagi, mandi, solat subuh dan bersiap untuk bersarapan sebelum menuju ke perhimpunan pagi Isnin.

Gaya pilihan utama, 'Simple' atau 'Four-in-Hand'. Paling hebat pun, mungkin 'Windsor'. Lepas ikat, memang tak dirungkaikan semula. Simpan elok-elok hingga ke Isnin berikutnya, atau selama mana ia boleh bertahan.



Bagi pendaftaran OBW2015, sila isi borang di bawah:-

Sunday, March 8, 2015

Gambar Lama V

Kehilangan seorang sahabat tetap dirasai, walaupun berlainan bangsa dan agama. 

Farewell, Tuan Chandran 'Chey' Nadarajah (1969 - 2015)





Tambahan:

Gambar mendiang semasa perjumpaan dengan rakan ASAS (8286), dua tahun lepas.

Mendiang meninggal dunia pada 17 Februari yang lalu akibat serangan jantung. Mendiang meninggalkan seorang balu dan tiga anak.

Saturday, March 7, 2015

Gambar Lama IV


Kredit imej: Tuan Mohd Sopian Abu (ASAS 7982)

1. Gambar Atas. 1982. Kelas menganyam di koridor Rumah E Bilik 1B5.
2. Gambar Tengah. 1980. Bijak pandai 3D a.k.a. 3 Sains 4.
3. Gambar Bawah Kiri. 1981. Sidang pembesar-pembesar 4 Sains 4.
4. Gambar Bawah Kanan. 1981. Kena kunci di kelas 4 Sains 4, sebab tak mahu balik ke dorm selepas prep malam.


Bagi pendaftaran OBW2015, sila isi borang di bawah:-

Friday, March 6, 2015

Nostalgia VII


Generasi sekarang mungkin tak kenal hubungkait antara Kaset dan Pensel, tapi generasi kami dulu, keduanya seolah dijodohkan di syurga. Kehkehkeh!

Tidak lengkap zaman persekolahan jika kita tak bersembang mengenai muzik dan budaya. Dan tidak lengkap zaman 80an, jika tidak menyentuh budaya dan muzik Rock.

Berawal dari Rock yang dibawa oleh Sweet Charity pada akhir tahun 70an, hingga membawa ke tahun 1985 oleh Search (Cinta Buatan Malaysia), dan siri Battle of the Bands, dan siri Juara-juara Rock.

1986, ketika kami di Tingkatan 1, Search kembali dengan album 'Langit dan Bumi'. Lefthanded muncul dengan album 'Keadilan'. Begitu juga dengan kemunculan Rusty Blades dan Ella & The Boys.

Tahun berikutnya, lebih rancak dengan kewujudan SYJ, Bloodshed. Dan tahun yang sama juga, Search muncul dengan album ketiga mereka, 'Mentari Merah di Ufuk Timur'. Lefthanded pula muncul dengan album kedua mereka. Tahun yang sama ini juga, kami digegarkan dengan kemunculan Wings dengan album ' Belenggu Irama', disusuli dengan kemunculan BPR dengan album 'Selamat Pagi Malaysia'.

Tahun 1988 dan tahun-tahun berikutnya, terus mekar dengan kemunculan May, Desire, Junction, Urgent, Putra, Medicine, Gersang, Lagenda, Misteri, Justice, Stripes, Loving Born, Victim, Handy Black, Ruhil dan bermacam lagi.

Antara kenangan yang tidak dapat kami lupakan, apabila album 'Fenomena' oleh Search dalam bentuk kaset keluar pada tahun 1989. Album ini keluar pada penggal persekolahan, dan bukannya hujung minggu. Pada malam itu, ada kaset yang berjaya dibawa masuk ke sekolah. Dan berlonggoklah kami mendengar kaset itu dimainkan di radio. Dari Side-A bertukar ke Side-B, dari Side-B bertukar ke Side-A.

Zaman sekarang, bila semua dah main CD, mana kenal Side-A, Side-B.

Jenaka zaman sekarang, mungkin bila generasi kami ni beli CD, mungkin bertanya, "CD ni ada berapa lagu?"

"12 lagu semuanya."

"6 lagu Side-A, dan 6 lagu lagi Side-B?"

Pensel? Kami boleh simpan dalam kotak.

Nota:
Sumber rujukan http://catatan-memori.blogspot.com/ dan http://xyruszone.blogspot.com, Wikipedia dan sebagainya.

Bagi pendaftaran OBW2015, sila isi borang di bawah:-

Thursday, March 5, 2015

Nostalgia VI


Sepanjang lima tahun persekolahan kami di Alam Shah, Cheras, Kuala Lumpur, mural di dinding Dewan Makan inilah yang kami hadap setiap kali sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan minum malam. 

Di Dewan Makan inilah, kami sama-sama makan nasi kawah. 

Menu yang masih terasa di kerongkong, Khamis, makan malam nasi minyak dan air bandung; Jumaat, sarapan mi goreng. Menu lain yang juga bermain di bibir, ialah ikan jaket, Yeah!

Sebelum makan baca Bismillah dan doa makan beramai-ramai. 

Semasa kami di Tingkatan 1 (1986) sehingga ke Tingkatan 4 (1989), makanan kami siap terhidang di meja tiap kali waktu makan. 

Apabila di Tingkatan 5 (1990), sudah mula pakai tray, dan kami semua kena beratur untuk mengambil makanan. Tray generasi pertama itu logam. Boleh bocor kepala kalau terkena bucunya. Bila selesai makan, ramai-ramai kena beratur dan buang sisa makanan ke dalam baldi besar dan tray disusun bertingkat-tingkat. 

Bagi pendaftaran OBW2015, sila isi borang di bawah:-

Wednesday, March 4, 2015

SPM 2014

Kami harap tidak terlewat untuk kami ucapkan tahniah kepada mereka berdua.

Tidak dilupakan juga kepada 156 calon SPM 2014 yang lain, kami tetap bangga dengan kamu!


Gambar Lama III


Pada suatu ketika dahulu, jika anda terlihat gaya bergambar seperti ini, 


anda pasti terbayang gaya kumpulan Wings sekitar tahun 1987 (Belenggu Irama)

Kredit imej: Whatsapp Grup ASAS 8690 dan Internet

Bagi pendaftaran OBW2015, sila isi borang di bawah:-