Tuesday, February 24, 2015

Nostalgia III

Kisah terjadi pada 1986, sewaktu kami di Tingkatan Satu

Sahabat 1 bergegas hendak ke bilik air untuk mandi, tapi dia kehabisan sabun. Dia ternampak stok sabun dalam locker Sahabat 2

Sahabat 1: Aku nak mandi ni, tapi sabun dah habis. Boleh aku beli sabun hang?

Sahabat 2: Tak boleh!

Sahabat 1: Ala! Nanti koop buka, aku belilah. Aku ganti balik sabun hang.

Sahabat 2: Tak boleh! Aku tak nak jual!!

Sahabat 1: Aku ganti balik jenama sama. Aku nak mandi ni, tak ada sabun.

Sahabat 2: Tak boleh! Aku tak nak jual, aku tak nak jual!

Sahabat 1: Pasai apa? Kan aku habaq aku ganti balik sabun hang tu nanti.

Sahabat 2: Aku tak nak jual. Sabun ni bapa aku beli. Aku tak nak sabun lain.

Sahabat 1: ....

Kononnya, sabun itu tidak pernah digunakan dan masih disimpan rapi. Hanya tuan punya diri sahaja yang dapat mengesahkannya. 

Bagi pendaftaran OBW2015, sila isi borang di bawah:-

No comments:

Post a Comment